Perfume Paradise Blim

Wednesday, June 3, 2009

Cerita 2 Sahabat Baikku..


SIMBOL PERSAHABATAN KEKAL ABADI...

2 Sahabat Baikku

Salina Binti Mokhtar (Cik Yang)

14/2/1977 kenal semasa daftar asrama di SMRMM pada tahun 1989. Akhirnya kami menjadi akrab hingga sekarang. Dia glamour di sekolah dan juga diasrama. Orangnya cantik. Sekarang dia berkerja sebagai PA projek di KLCC. Mempunyai sepasang anak. Dahulu cita-cita dia nak jadi penyanyi dan pelakon. Lepas kami berdua tamat tingkatan 5 kami jadi pelakon tambahan di Syarikat SKOP Production. Merasalah kami jadi pelakon. Syok giler glamour rasanya masa tu kami jadi pak pacak je...dalam filem Sembilu 2. Perasan kan...Heboh satu kampung aku jadi pelakon...tapi mak tak suka marah betui dia. Mak Salina suka dia jadi pelakon. Tapi tak kesampaian Abang tiri dia tak bagi so patah di tengah jalan hasrat dia. Mujurlah dia dapat kerja yang baguih kan....aku pernah juga lost cantact dgn Salina tapi alhamdulilah akhirnya kami dpt berhubung balik sampai la ni...

Aini Sazlina Bt Khalid (Adik)

Aku kenal dia semasa dia bertukar sekolah di tingkatan 3. Seorang yang ganas, baik hati suka berterus terang walaupun sakit ati aku dibuatnya, periang dan suka menolong aku waktu aku susah. Dalam group kami dia yang paling lambt lahir so kami berdua panggil dengan nama manjanya "adik". Aku anggap dia macam adik aku sendiri. Dia kelakar juga orangnya. Aku dan dia tak pernah lost contact sampai la ni. Sekarang dia dah kawin dan mempunyai anak sorang girl muka dia sejibik macam adik. Suami dia kerja kat bank berpangkat pulak tu bertuah dia. Dahulu dia ada pakwe kat sekolah cinta monyet sekejap jer. Kawan baik kami juga. Adik sekarang berkerja sendiri bukak syarkat sendiri. Dan dia selalu menolong aku jika aku perlukan pertolongan. Sayang kau...

Aku amat-amat berharap persahabatan kita bertiga akan kekal hingga akhir hayat...AMINN