Bersama-sama menjana pendapatan dengan www.OryBiz.com
Pengenalan OryBiz
Ory Biz telah ditubuhkan pada 27 Oktober 2009, dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera dan bergiat aktif dalam pengeluaran produk-produk kosmetik, minyak wangi dan produk kegunaan harian . Ory Biz memulakan perniagaannya dengan mengeluarkan minyak wangi yang dinamakan Ory Perfume untuk kegunaan kaum lelaki dan wanita dan diikuti dengan krim pelbagai guna 10 dalam 1 yang dinamakan Ory All Purpose Cream With Perfume. Syarikat ini mensasarkan untuk menambah beberapa produk pada masa hadapan untuk pasaran dalam dan luar negara disamping dapat membantu menambahkan pendapatan masyarakat Malaysia.
Misi
Bercita-cita untuk membina satu entiti perniagaan yang berdaya saing dalam pasaran tempatan dan luar negara dengan memanfaatkan segala teknologi maklumat yang ada . Mengkomersilkan rangkaian produk kosmetik berasaskan wangian dan produk keluaran bumiputera yang berkualiti pada harga yang berpatutan dan mampu milik oleh semua rakyat Malaysia.
Visi
Bersama-sama membawa, bekerjasama dan membimbing usahawan untuk melangkah maju dalam perniagaan yang penuh pancaroba disamping mewujudkan satu bidang perniagaan yang dapat memberikan hasil pendapatan yang lumayan dan kerjaya yang berpotensi bagi mereka yang berminat untuk melangkah lebih jauh dalam alam perniagaan.
Moto
SENCE - ” A perception or feeling produced by a stimulus “
NATURE - ” The essential characteristics and qualities of a person or thing “
TRUST - ” Committed into the care of another “
ORY BIZ :
Ory Biz adalah sebuah syarikat yang memasarkan produk-produk keluaran bumiputera yang bermutu tinggi. Produk yang berasaskan wangian yang terbaik dari seluruh dunia dibawa oleh Ory Biz dalam produk Ory Perfume. Buat permulaan sebanyak 40 jenis wangian yang terpilih dihasilkan untuk pelanggan Ory Biz. Kekuatan yang ada pada Ory Perfume adalah 100% Concentrated Fine Fragrance Oil yang tiada tandingan dengan lain-lain keluaran. Hanya secalit haruman kekal 2-3 hari lamanya.
Produk yang seterusnya adalah Ory All Purpose Cream With Perfume yang diadun menjadi produk yang pelbagai guna. Kelebihan produk ini adalah 10 jenis kegunaan dalam 1 produk. Disamping itu, produk ini di suntik dengan wangian terpilih untuk menampilkan kelainan dengan produk sedia ada. Dalam tempoh terdekat syarikat akan mengeluarkan beberapa produk terbaru seperti Ory Medicated Oil, Ory Air Freshener Fragrances, Ory Detergent + Softener, Ory Wax dan lain-lain.
Produk Ory Biz dihasilkan oleh ahli kimia yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang tersebut. Semua produk dihasilkan sendiri oleh ahli kimia tersebut yang banyak menghasilkan produk untuk syarikat-syarikat luar. Kini masa untuk beliau bersama-sama pengurusan Ory Biz yang lain menghasilkan produk yang terbaik untuk semua peminat produk-produk kosmetik dan lain-lain. Kami di Ory Biz berjanji memberikan produk-produk yang terbaik dan dijamin anda akan berpuas hati.
Mengapa Anda harus bersama Ory Biz?
i) Produk Keluaran Bumiputera
ii) Produk dihasilkan sendiri oleh pakar kimia yang berpengalaman
iii) Mempunyai kilang pengeluaran produk yang sendiri dan tidak bergantung kepada pembekal
iv) Plan-Plan pemasaran yang terbaik untuk ANDA menjana pendapatan dengan produk Ory Biz
v) Harga produk yang lebih murah berbanding kualiti produk yang dihasilkan
vi) Mendapat sokongan dari pelbagai pihak yang tidak meragui produk keluaran Ory Biz
vii) Ketelusan pengurusan Ory Biz dalam menjalankan perniagaan
dan banyak lagi sebab-sebab yang perlu anda tahu tentang Ory Biz dan yang pas tinya anda harus bersama-sama dalam keluarga Ory Biz kerana kami sedia berkongsi pendapatan bersama-sama demi kebahagian bersama.
Kami mencari KAWAN bukan mencari LAWAN…..Kami memberi KESENANGAN bukan memberi KESUSAHAN…..
Kami membawa KEUNTUNGAN bukan KERUGIAN
No comments:
Post a Comment